mutakhir

'Kecoh mahu bahasa Melayu' [METROTV]

Oleh Wartawan NSTP

KEKECOHAN berlaku apabila orang ramai melaungkan bahasa Malaysia ketika Peguam Negara Tommy Thomas mahu memberikan sidang media.

Mereka melaungkan ‘Melayu, Melayu, Melayu’.

Thomas kemudian bergerak menuju sebelah sisi lobi mahkamah untuk memberikan sidang media, bagaimanapun orang ramai masih melaungkan Melayu dan Bebas Najib sambil bertakbir.

Walaupun diarahkan polis untuk diam, mereka masih berdegil.

“Mana Dewan Bahasa, tak paham ke,” jerit mereka.

Sidang media tidak dapat dijalankan kerana orang ramai masih berdegil dan terus melaungkan Melayu, Melayu.

Bagaimanapun, sidang media kemudian diteruskan tetapi akan dijalankan dalam bilik khas.

Disiarkan pada: July 4, 2018 @ 1:51pm
d