utama

Dewan Rakyat kecoh!

Oleh Veena Babulal dan Fahmy Azril Rosli

DEWAN Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang di-Pertua yang baharu.

Memulakan bantahan itu adalah Datuk Takiyyudin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang meminta 'point of order.'

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengikut syarat pelantikan Yang di-Pertua.

Beliau menegaskan, Perdana Menteri tidak mematuhi syarat kerana tidak mengusulkan nama calon Yang di-Pertua dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bermula.

Kekecohan itu sekali gus mengakibatkan hampir semua Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati terhadap 'cara' pelantikan itu.

Kelihatan hanya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kekal dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, tindakan membantah dan keluar dewan itu tidak memberi kesan kepada pelantikan Mohamad Ariff.

Ketika kekecohan berlaku, Dr Mahathir tidak menghiraukan bantahan itu dan beliau terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai calon Yang di-Pertua.

Usul itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamad Ariff terus dilantik sebagai Speaker diikuti majlis mengangkat sumpah.

Disiarkan pada: July 16, 2018 @ 10:45am
d