utama

Maut terjatuh ke landasan LRT

Oleh HM Digital

PENUMPANG lelaki Transit Aliran Ringan (LRT) maut selepas terjatuh ke landasan stesen LRT Puchong, kira-kira 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kejadian itu.

Menurut Twitter @MyRapidKL, kejadian itu menyebabkan tren bergerak perlahan dari IOI ke Pusat Bandar Puchong pada kedua-dua arah.

Bagaimanapun, tren kembali beroperasi seperti biasa sebaik landasan selamat digunakan.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: August 1, 2018 @ 10:03am
d