mutakhir

Enaknya buah tempatan [METROTV]

Oleh Syalikha Sazili

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan kempen ‘Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan’ di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen, kakitangan Parlimen dan petugas media dijamu dengan lima jenis durian merangkumi durian kampung, Musang King, Kelong Istimewa, XO dan D24.

Selain itu, manggis, dokong dan rambutan serta nanas turut disediakan.

Kempen bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan khususnya kepelbagaian jenis durian.

Disiarkan pada: August 8, 2018 @ 9:26pm
d