global

16 dikhuatiri maut helikopter terhempas di Tajikistan

Oleh AFP

DUSHANBE: Sekurang-kurangnya 16 orang dikhuatiri maut, termasuk 13 pendaki dan tiga kru helikopter selepas pesawat itu terhempas di sebuah kawasan pergunungan Tajikistan, kata jawatankuasa kecemasan kebangsaan, hari ini.

Katanya, insiden berlaku pada 7.30 petang semalam waktu tempatan dan dua helikopter dihantar ke lokasi kejadian itu untuk misi mencari dan menyelamat.

Jawatankuasa kecemasan berkata, pendaki dikatakan pulang daripada satu ekspedisi mendaki gunung Ismoili Somoni yang terkenal sebagai Puncak Komunis dan gunung tertinggi di bekas Kesatuan Soviet.

Namun, kenyataan itu tidak menyebut identiti pendaki atau kru berkenaan yang terbabit dalam nahas.

Insiden berlaku dua minggu selepas empat penunggang basikal Barat, dilaporkan maut dalam kes langgar lari.

Disiarkan pada: August 13, 2018 @ 8:23pm
d