mutakhir

Rabies ragut nyawa ke-11

Oleh Goh Pei Pei

PETANI dari Sri Aman menjadi korban ke-11 jangkitan rabies atau anjing gila di Sarawak sejak penularan wabak itu dikesan Jun tahun lalu.

Kementerian Kesihatan dalan satu kenyataan mengesahkan kematian mangsa berusia 49 tahun itu di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, 3.57 petang tadi.

Mangsa dipindahkan dari Hospital Sri Aman ke HUS untuk rawatan lanjut semalam selepas keadaannya dilaporkan kritikal.

“Keseluruhannya, Sarawak merekodkan 12 kes jangkitan rabies membabitkan manusia sejak Jun tahun lalu, dengan sehingga kini 11 kematian dicatatkan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia 44 tahun, yang berasal dari Jalan Matang, Kuching turut dimasukkan ke HUS untuk rawatan lanjut selepas disyaki dijangkiti wabak berkenaan.

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 9:32pm
d