mutakhir

PM solat Aidiladha di Masjid Negara [METROTV]

Oleh Syalikha Sazili

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.

Perdana Menteri yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu ungu, tiba pada 8.10 pagi sebelum menyertai jemaah di dewan solat utama.

Beliau turut diiringi isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, turut menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestasi penyerahan kepada pencipta’.

Beliau menyeru supaya umat Islam bertawakal kepada Allah SWT, sekali gus menjadikan masyarakat berkasih sayang.

"Kita perlu berserah diri dan bergantung kepada Allah SWT.

"Dengan ujian yang diberikan memperlihatkan kebergantungan kepadaNya," katanya.

Disiarkan pada: August 22, 2018 @ 8:59am
d