bisnes

Keuntungan MRCB berterusan

Oleh Wartawan Bisnes NSTP

MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB) merekodkan keuntungan sebelum cukai RM73.6 juta bagi separuh pertama 2018, dengan pendapatan yang diraihnya dalam tempoh berkenaan berjumlah RM832.8 juta.

Walaupun mencatatkan 33.1 peratus penurunan pendapatan, MRCB merekodkan pertumbuhan 20 peratus keuntungan sebelum cukai yang disokong oleh prestasi lebih kukuh daripada bahagian kejuruteraan, pembinaan dan alam sekitar.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim berkata, pihaknya gembira menyaksikan pertumbuhan keuntungan berterusan pada separuh pertama 2018.

“Seperti dijangkakan, prestasi lebih kukuh dipacu oleh margin lebih baik daripada bahagian kejuruteraan, pembinaan dan alam sekitar, yang dijangkakan menjadi penyumbang signifikan pada masa hadapan.

“Sebagai antara peserta pembinaan terbesar di negara ini, bahagian itu mempunyai barisan kontrak yang baik untuk mengekalkan perniagaan dalam beberapa tahun lagi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Disiarkan pada: August 30, 2018 @ 8:33pm
d