mutakhir

Orang awam selamatkan sukarelawan APM

Oleh Abdul Rahemang Taiming

SUKARELAWAN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuhara, dekat Tawau, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, kereta dipandu Mohammad Nor Sessung, 53, dalam perjalanan dari arah Jalan Sin On menuju ke Jalan Apas.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan lalu terjunam ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.

Katanya, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan akibat kemalangan itu kereta mangsa mengalami bekerosakan.

Difahamkan, mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Disiarkan pada: September 3, 2018 @ 11:58am
d