global

Majalah GQ iktiraf Putera Charles

Oleh Reuters

LONDON: Pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles semalam, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Editor atas Khidmat Kedermawanan oleh majalah GQ, sebagai pengiktirafan terhadap kerja sukarelawannya selama hampir 50 tahun.

Ia adalah bersempena Anugerah Lelaki Tahunan GQ. Putera Charles sering terbabit dalam pelbagai aktiviti sukarelawan membabitkan isu alam sekitar, toleransi agama dan mewujudkan peluang untuk golongan muda.

Charles, 69, adalah penaung atau presiden kepada lebih 400 badan kebajikan.

Yang turut menerima pengiktirafan, ialah pelakon wanita dan aktivis anti gangguan, Rose McGowan bagi kategori Anugerah Inspirasi.

McGowan bintang filem ‘Scream’ dan Charmed’ sering memperjuang nasib mangsa gangguan seksual adalah wanita pertama yang menerima anugerah bagi kategori terbabit.

Beliau juga adalah pelopor gerakan #MeToo bagi menentang masalah gangguan seksual dan mendedahkan bahawa pengalaman banyak membantunya mempromosikan kempen berkenaan.

“Ia (anugerah) ini amat bermakna,” kata McGowan kepada Reuters.

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 11:14am
d