mutakhir

Sabun mandi halang nyamuk

Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

Georgetown : Penyelidik dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Mohd Jain Noordin Mohd Kassim menghasilkan produk kawalan nyamuk Vecto berasaskan bahan semula jadi dan mesra alam bagi membantu pengguna melindungi diri daripada serangan serangga itu.

Antara produk Vecto yang diperkenalkan pada Jun lalu ialah sabun mandi berasaskan gliserin tumbuhan yang diadun dengan sitronela iaitu minyak pati serai wangi dan tumbuhan lain.

Mohd Jain yang bertugas di Pusat Pengajian Sains Kimia USM berkata, bau sitronela pada kulit secara tidak langsung menghalang nyamuk atau serangga lain menggigit selain mampu menenangkan kerana bersifat aromaterapi.

“Hasil kajian dan penelitian serta maklum balas responden termasuk pakar bedah mendapati sabun mandi ini berupaya menghindarkan gigitan dan serangan nyamuk.

“Ia dijual pada harga RM12.90 bagi 50 gram (g) dan RM14.90 bagi 86g sebuku,” katanya ditemui di VM Manufacturing di Bukit Jambul, di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 18, 2015 @ 5:28am
d