mutakhir

[UPDATE] Polis rampas arak di 'Pasar Bangla'

Oleh Teoh Pei Ying dan Fazrik Kamarudin

POLIS merampas sekurang-kurangnya 20 kotak berisi pelbagai jenama minuman keras daripada dua kedai runcit di Kampung Baru Sungai Buloh, hari ini.

Rampasan disyaki ada kaitan dengan kes kematian enam warga asing dan seorang warga tempatan akibat keracunan alkohol di kawasan berkenaan.

Wartawan NSTP yang berada di lokasi ketika serbuan dilakukan pada 1 tengah hari mendapati dua premis itu diusahakan oleh warga Nepal dan Myanmar.

Difahamkan, rampasan dilakukan bagi membolehkan siasatan dan ujian dijalankan terhadap minuman keras berkenaan.

Selain itu, dua individu warga Bangladesh dipercayai pekerja kedai bersebelahan dibawa ke balai berhampiran untuk dirakam keterangan.

Terdahulu, tinjauan NSTP di kawasan yang dikenali sebagai ‘Pasar Bangla’ itu mendapati ada dua premis disyaki menjual minuman keras.

Namun, premis terbabit tidak dibuka hari ini seolah-olah seperti mengetahui bakal diserbu pihak berkuasa untuk siasatan.

Kedua-dua kedai berkenaan terletak berhampiran asrama dan kilang salah seorang mangsa yang meninggal dunia, semalam.

Berita berkaitan

7 maut keracunan alkohol

Disiarkan pada: September 18, 2018 @ 6:19pm
d