global

Kanye West, isteri hadiah kasut putih kepada presiden Uganda

Oleh AFP

KAMPALA: Penyanyi Kanye West dan isterinya, Kim Kardashian, hari ini melawat presiden Uganda, Yoweri Museveni, dan memberikan sepasang kasut putih kepada pemimpin berusia 74 tahun itu.

West berada di negara timur Afrika itu untuk menghabiskan rakaman album studio kesembilannya, Yandhi, sepatutnya digugurkan dua minggu lalu, sehingga keputusan mengejutkan untuk mengunjungi dan merakamkannya di Afrika untuk ‘mendapatkan tenaga’.

Pemenang Grammy itu, yang baru-baru ini mengumumkan pertukaran namanya kepada Ye, tiba di Uganda kelmarin.

Negara itu mengambil kesempatan mempromosikan destinasi pelancong, dengan pasangan itu dirakamkan melawat lokasi semula jadi.

Museveni mengalu-alukan kedatangan mereka ke negara itu menerusi akaun Twitter.

“Saya mengadakan perbincangan dengan kedua-duanya cara untuk mempromosikan pelancongan Uganda dan seni.

“Saya berterima kasih kepada Kanye untuk hadiah sepasang kasut putih itu.

“Nikmati masa anda di Uganda. Ia benar-benar Mutiara Afrika,” katanya.

Disiarkan pada: October 16, 2018 @ 12:24am
d