MAYAT kesembilan akibat tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, ditemui petang ini.
Mayat mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Mohamad Uzzal, 33, ditemui jam 5 petang.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat ditemui di Sektor 3.
“Mayatnya tertimbus hampir lima meter dalam sisa runtuhan dan kontena yang hancur,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Projek lebuh raya bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.
Berita berkaitan
• 3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus
• Dah cakap, tapi tak mahu dengar...
• [UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang
• [UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga
• Semoga mangsa tertimbus ditemui
• Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh
• 'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'
• Rakan sekampung maut bersama [METROTV]
• Dua lagi mayat ditemui [METROTV]
• Mungkin ada runtuhan susulan
• Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]
• Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti
• 'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP