mutakhir

Balasan belasah isteri dengan kerusi plastik

Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

OPERATOR kilang dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini, selepas mengaku bersalah memukul isterinya dengan kerusi plastik, Mei lalu.

Mohd Faiz Idris, 31, mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan di kepala, tangan dan kaki Siti Mariam Mohd Nor, 30, dengan menggunakan kerusi plastik.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Taman Sejati Merlimau, Jasin, pada 11.45 malam, 12 Mei 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Wai Yi.

Disiarkan pada: December 14, 2018 @ 3:51pm
d