mutakhir

Law Hieng Ding meninggal dunia

Oleh BERNAMA

BEKAS Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Tan Sri Law Hieng Ding meninggal dunia, pada 5 pagi hari ini ketika berusia 83 tahun.

“Kita kehilangan anak watan Sarawak yang terbilang, yang berkhidmat dan menabur bakti untuk Sarawak dalam Kabinet Malaysia,” kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.

Beliau menyifatkan bekas Ahli Parlimen Sarikei itu, yang menyandang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 1990 hingga 2004 sebagai ahli dan pemimpin SUPP yang setia.

Law juga pernah menjadi Timbalan Presiden SUPP.

Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri menyatakan beliau sempat bertemu Law semasa acara Lan Berambeh di Kuala Lumpur pada Oktober lalu.

“Walaupun menghadapi kesulitan untuk bercakap, beliau masih mengambil berat tentang kami,” katanya.

Katanya, beliau bersedih kerana tidak dapat memenuhi misi untuk Law ketika masih hidup iaitu menamakan sebatang jalan di Sarikei sempena mengambil nama mendiang bagi menghargai khidmatnay sebagai Ahli Parlimen Sarikei dari 1982 hingga 2008.

Mendiang meninggalkan isteri Puan Sri Ngui Soon Leng dan tiga anak iaitu Dr Eric Law, Dr Michael Law dan anak perempuan Dr Sabrina Law.

Disiarkan pada: December 25, 2018 @ 5:53pm
d