global

Ular dalam seluar

Oleh Agensi

Berlin: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap selepas cuba membawa seekor ular sawa yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya ketika mahu menaiki pesawat ke Israel.

Lelaki itu ditahan dan diperiksa selepas pengawal keselamatan mendapati ada bonjolan besar di seluarnya ketika mahu menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin-Schonefeld pada Disember lalu.

Selepas diperiksa, lelaki itu kemudiannya mengeluarkan satu bungkusan kain yang didalamnya mengandungi ular sawa sepanjang 40 sentimeter.

Lelaki berkenaan dilaporkan cuba menyeludup reptilia berkenaan ke Israel.

Ular itu dirampas selepas lelaki berkenaan gagal mengemukakan dokumen yang membenarkan ular berkenaan menaiki pesawat.

Menurut akhbar Berliner Zeitung, ular berkenaan dibawa ke pusat perlindungan haiwan di Brandenburg.

Lapangan terbang itu dalam satu kenyataan memberitahu, cubaan menyeludup ular sawa itu adalah penemuan paling luar biasa oleh pihak berkuasa lapangan terbang itu pada 2018.

Disiarkan pada: January 16, 2019 @ 8:39pm
d