mutakhir

Direman terima suapan RM2 juta

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

BEKAS pengurus kanan produk di sebuah syarikat yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan bernilai lebih RM2 juta, direman tiga hari sehingga Jumaat ini.

Majistret Izza Zulaika Ruhanuddin membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki itu bagi melakukan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, suspek berusia 40 tahun itu ditahan 4.35 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek menerima suapan bernilai lebih RM2 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi meluluskan nota kredit untuk tujuan rebat, insentif dan pengiklanan komponen komputer kepada penjual yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Selain suspek, beberapa lagi individu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama.

Disiarkan pada: January 23, 2019 @ 11:37am
d