global

Salman Rushdie tidak mahu terus bersembunyi

Paris: Penulis kontroversi, Salman Rushdie mengaku dia kini tidak mahu hidup bersembunyi yang dilakukannya sejak beberapa dekad lalu selepas Iran mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan beliau dibunuh kerana menghina Islam.

Penulis buku The Satanic Verses itu menjelaskan, dia kini menjalani kehidupan normal di New York, Amerika Syarikat sejak hampir dua dekad lalu.

“Saya tidak mahu terus hidup bersembunyi,” katanya.

Salman mengulas perkara itu ketika menghadiri satu festival buku di selatan Perancis.

Pada 1989, bekas pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini mengarahkan dia dibunuh selepas kandungan buku The Satanic Verses itu dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, beberapa bulan selepas insiden 11 September 2001, dia tidak lagi menggunakan nama samaran apabila Tehran menghentikan ancaman terhadap penulis berkenaan. - AFP

Disiarkan pada: February 11, 2019 @ 3:57pm
d