rap

Anak minta 'baby' dengan tunang - Fasha

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Fasha Sandha, 35, menerusi akaun Instagramnya berkongsi video di IGTV, menunjukkan perbualan antara anaknya dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz.

Dalam perbualan mesej bersuara itu, anaknya, Putra Rayfal, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4 meminta ‘baby’ daripada Aidil.

Mesej itu dibalas dengan mesra oleh Aidil. “Sabar ye, sayang. Sabar, okay?,” kata Aidil ketika diminta untuk memberikan ‘baby’.

Dalam perbualan itu juga, Aidil menerangkan kepada kedua-dua anak Fasha bahawa prosesnya memakan masa sembilan atau 10 bulan dari sekarang.

Video berdurasi empat minit 12 saat itu ditonton lebih 104,000 kali sejak dimuat naik dan menerima hampir 200 komen daripada pengikutnya di Instagram.

Fasha ketika dihubungi memaklumkan, dia kini sedang menemani Aidil mengikuti kursus perkahwinan dan mengirimkan sekeping gambar menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Fasha memberitahu bahawa dia dan Aidil melakukan persiapan secara sederhana menjelang majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada penghujung Mac nanti.

Sebelum itu, pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada November 2018.

Disiarkan pada: February 23, 2019 @ 3:25pm
d