global

Lima murid mati ditembak

Oleh Agensi

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk lima kanak-kanak maut dalam serangan bersenjata di sebuah sekolah dipercayai dilaksanakan dua remaja.

Rangkaian berita Globo TV melaporkan, mangsa yang maut lima kanak-kanak, seorang dewasa dan dua penembak remaja. Penembak berkenaan dilaporkan membunuh diri selepas itu.

Menurut The Mirror, dua penembak memakai hud memasuki sekolah di Sao Paolo itu sebelum melepaskan tembakan secara rambang sejurus kelas bermula, pagi Rabu (waktu tempatan).

Lelaki dewasa yang maut dilaporkan adalah pengetua sekolah.

Disiarkan pada: March 13, 2019 @ 10:35pm
d