arena

TFC II ikat Kelantan di Kota Bharu

Oleh Attirmidzie Rahman

KELANTAN gagal mencipta kemenangan di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu FC II (TFCII) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Tuan rumah membuka tirai jaringan hasil sentuhan penyerang import dari Uruguay, Raul Tarragona pada minit ke-19.

Namun dua minit kemudian pemain tengah TFC II, Zuasyraf Zulkiefle menyamakan kedudukan buat pasukannya apabila sepakan kencangnya menewaskan penjaga gol The Red Warriors, Arif Abdullah bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Sementara itu, Negeri Sembilan turut meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas UKM FC menerusi jaringan tunggal Ridzuan Abdollah Pula pada minit ke-31 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 12:18am
d