vroom

Mercedes-Benz lancar A-Class Limousine

Oleh Lizam Ridzuan

MERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) sebagai pengedar utama kenderaan jenama Mercedes-Benz di negara ini melancarkan model terbaharu A-Class Limousine, semalam.

Dua varian ditawarkan iaitu A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line yang dijana enin 1.4 liter dengan kuasa 163 hp serta 250Nm dan 2.0 liter dengan 224hp serta tork 350Nm.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, model ini menampilkan ciri utiliti yang terbaik dalam segmennya untuk keselesaan kepada keseluruhan penumpang.

“Ruang kepala bahagian belakang seluas 944 milimeter (mm) dan but berkapasiti 420 liter dengan bukaan 950 mm bagi kemudahan dan ciri fleksibel untuk memasukkan barangan antara kelebihan model limosin kompakini,” katanya ketika pelancaran model itu di Kuala Lumpur.

Ia turut dilengkapi dengan ciri teknologi terkini seperti sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang hadir dengan skrin sesentuh untuk hiburan dan maklumat serta sistem bantuan pemanduan iaitu Bantu Brek Aktif dan Bantu Kekal Laluan.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dijual pada harga RM229,888 dan A 250 AMG Line pada harga RM267,888 (atas jalan tanpa insurans).

Disiarkan pada: April 10, 2019 @ 6:12pm
d