arena

VAR sahkan Aguero 'curi ayam' [VIDEO]

Oleh Agensi

PENGADIL perlawanan membuat keputusan tepat tidak membenarkan jaringan Raheem Sterling pada waktu kecederaan untuk Manchester City.

Semuanya disebabkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) yang menjadi saksi pada suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Rakaman ulang tayang jelas menunjukkan Sergio Aguero berada pada posisi ofsaid ketika bola mengenai rakan sepasukan Bernardo Silva yang berada pada laluan penyerang terbabit.

Pembantu pengadil membuat keputusan betul tidak mengangkat bendera sebaliknya menanti reviu selepas pemain tengah Spurs, Christian Eriksen membuat sepakan yang melantun ke arah Aguero.

Bagaimanapun, bola memang menyentuh kaki Silva ketika itu.

Sesetengah mendakwa sentuhan mungkin tidak disengajakan tetapi itu tidak menjadi masalah.

Dia pemain terakhir City menyentuh bola tetapi Aguero tetap berada dalam kedudukan ofsaid.

Malah, penggunaan VAR lebih awal untuk meneliti dan membenarkan jaringan Fernando Llorente menjadi contoh terbaik penggunaan sistem itu.

Keputusan tepat dibuat oleh pengadil.

Untuk detik kritikal perlawanan berprofil tinggi ia amat penting bagi pengadil mendapat peluang kedua terhadap insiden itu selepas City mendakwa penyerang Spurs terbabit menjaringkan gol menggunakan tangan.

Disiarkan pada: April 18, 2019 @ 3:29pm
d