rap

Mishall Imani anak ketiga Nabil

Oleh Najiy Jefri

PENGACARA dan pelakon Nabil Ahmad memilih nama Mishall Imani untuk puteri ketiganya yang lahir pada 24 April lalu.

Pengumuman terbabit dibuat secara langsung pada program MeleTOP malam ini.

“Saya ingin mengumumkan, memilih nama Mishall Imani untuk anak ketiga.

“Nama ini bermaksud cahaya keimanan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 10:24pm
d