global

Putera Harry dan isteri tayang bayi

Oleh Reuters

WINDSOR: Putera Harry dan isteri, Meghan Markle buat kali pertamanya memperkenalkan bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan sambil menyifatkannya sebagai satu keajaiban.

Pasangan diraja itu tampil sambil mendukung bayi mereka di hadapan sekumpulan kecil wartawan di Dewan St George, Istana Windsor yang menjadi lokasi majlis perkahwinan mereka hampir setahun lalu.

“Ia ajaib dan sangat menakjubkan. Saya mempunyai dua lelaki terbaik di dalam dunia, jadi saya memang amat gembira,” kata Meghan.

Menurutnya, anaknya yang menjadi orang ketujuh dalam susur galur pewaris takhta yang belum didedahkan namanya kepada umum, mempunyai sikap tenang dan tidur dengan baik.

Bayi itu dilahirkan awal pagi kelmarin seberat 3.26 kilogram namun beberapa butiran lain mengenai kelahirannya belum didedahkan lagi.

Disiarkan pada: May 8, 2019 @ 8:52pm
d