arena

PDRM bedal Bujang Senang

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

SELEPAS 'menghadiahkan' kekalahan pertama kepada Johor Darul Ta'zim (JDT II) sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) mengekalkan rekod cemerlang apabila membelasah Sarawak 6-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.

Aksi garang PDRM begitu ketara seawal 45 minit pertama apabila mendahului lawan 4-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Azmizi Azmi pada minit ke-10, Lee Changhoon (m-26), Andre da Silva (m-30) dan Shahurain Abu Samah (m-41).

Bersambung babak kedua, tuan rumah menambah satu lagi gol hasil jaringan pemain baharu, R Gopinathan pada minit ke-73 dan m-90 manakala dua jaringan Sarawak diledak Muhammad Firdaus Fauzi (m-14) dan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-87.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menambah derita Kelantan apabila membelasah wakil Pantai Timur itu 4-1.

Gol tuan rumah dijaringkan Julian Bottaro pada minit kelima, Kang Seungjo (m-40) dan dua gol menerusi Sergio Aguero, pada minit ke-47 dan 58.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan Mohamad Amirul Shafik Che Soh (m-79). Di Stadium UiTM, Shah Alam, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk memperoleh jaringan kemenangan 1-0 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) menerusi Mohammad Amer Azahar.

Disiarkan pada: May 12, 2019 @ 12:18am
d