arena

Cazorla dipanggil perkuatkan skuad Sepanyol

Oleh Agensi

BEKAS pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla dinamakan dalam skuad Sepanyol buat pertama kali sejak 2015 selepas pulih daripada 11 pembedahan.

Cazorla, 34, diketepikan selama 668 hari sepanjang tempoh dua tahun di mana dia mengalami pembedahan lutut, kaki dan pergelangan kaki.

Sepanyol memulakan kempen kelayakan Euro 2020 di Faroe Islands pada 7 Jun sebelum menerima kunjungan Sweden pada 10 Jun di Madrid.

Cazorla sudah menjaringkan 14 gol dalam 77 perlawanan untuk Sepanyol, dengan kali terakhir ketika perlawanan persahabatan menentang England di mana dia menjaringkan gol kedua dalam keputusan berakhir 2-0 pada November 2015.

Menyertai Villarreal daripada Arsenal dengan perpindahan percuma pada July 2018, dia membantu pasukan itu keluar daripada zon penyingkiran La Liga musim ini.

Dia sudah menjaringkan empat gol dan 10 pembantu serta terlepas hanya tiga daripada 37 perlawanan liga kelab berkenaan.

Skuad Sepanyol untuk kelayakan Euro 2020 :

Penjaga gol: David de Gea (Manchester United), Kepa Arrizabalaga (Chelsea), Pau Lopez (Real Betis).

Pertahanan : Dani Carvajal (Real Madrid), Sergio Ramos (Real Madrid), Mario Hermoso (Espanyol), Diego Llorente (Real Sociedad), Inigo Martinez (Athletic Bilbao), Jordi Alba (Barcelona), Sergi Roberto (Barcelona), Jose Gaya (Valencia), Jesus Navas (Sevilla).

Tengah : Sergio Busquets (Barcelona), Rodrigo Hernandez (Atletico Madrid), Dani Parejo (Valencia), Isco (Real Madrid), Fabian Ruiz (Napoli), Santi Cazorla (Villarreal).

Penyerang : Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Rodrigo Moreno (Valencia), Marco Asensio (Real Madrid), Iago Aspas (Celta), Alvaro Morata (Atletico Madrid).

Disiarkan pada: May 18, 2019 @ 11:46am
d