global

Huawei, Google bincang sekatan AS

Oleh AFP

BEIJING: Pengasas Huawei, Ren Zhengfei berkata, syarikat itu mengadakan perbincangan dengan Google untuk mencari jalan berdepan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan firma negara itu menjual atau memindahkan teknologi kepada Huawei.

Perbincangan itu dibuat selepas Google yang memiliki Android, sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan telefon di dunia, pada minggu ini memberitahu untuk memutuskan hubungan dengan Huawei susulan sekatan berkenaan.

“Google adalah sebuah syarikat yang sangat bertanggungjawab dan kedua-dua pihak kini berbincang untuk membentuk satu pelan tindakan,” kata Zhengfei.

Disiarkan pada: May 21, 2019 @ 11:36am
d