global

Buka mata tengok ular depan muka

Oleh Agensi

BRISBANE: Seorang wanita yang terbangun dari tidur terkejut melihat kepala seekor ular sawa berada beberapa sentimeter dari mukanya.

Sally Stent tidak menyedari ular itu berada dalam biliknya ketika pulang rumah pada jam 2 pagi dari lapangan terbang.

Menurut The Courier Mail, selepas tidur selama lima jam, Sally terjaga apabila merasakan sesuatu bergerak di hadapan mukanya.

“Ular itu pandang saya apabila saya buka mata. Ia berada kira-kira lima atau 10 sentimeter dari muka saya,” katanya.

Wanita itu berkata, ular terbabit bergantung dari lampu yang terletak di sebelah katilnya.

Biarpun terkejut, Sally tidak menjerit ketakutan, sebaliknya bangun dari katil dengan tenang dan meminta bantuan daripada bapanya.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk menangkap ular itu yang dipercayai memasuki biliknya untuk berehat selepas makan.

Disiarkan pada: May 29, 2019 @ 12:36am
d