arena

Amanda banggakan generasi baharu

Oleh AFP

AMANDA Anisimova, yang baru berusia 17 tahun, muncul pemain pertama lahir pada 2000 untuk layak ke suku akhir acara Grand Slam namun kini hadir bahagian paling sukar – berdepan Simona Halep, juara bertahan di Roland Garros.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat dengan ibu bapa dari Russia dan berambut perang itu menang mudah 6-3, 6-0 ke atas pemain Sepanyol dari pusingan kelayakan Aliona Bolsova.

Sesudah mengumumkan kehadirannya di peringkat Grand Slam dengan layak ke pusingan 16 terakhir Terbuka Australia Januari lalu, dia akan melonjak ke kelompok 40 teratas selepas berakhirnya Terbuka Perancis.

Dia seorang daripada tiga pemain wanita AS layak ke suku akhir di Paris namun tidak seperti rakan senegaranya yang lebih berpengalaman Sloane Stephens dan Madison Keys, dia masih belum kalah satu set.

Amanda menyedari tugas getir menantinya esok apabila dia berdepan Simona, pilihan ketiga kejohanan.

Semalam, pemain Romania itu memerlukan hanya 45 minit untuk membenam pemain remaja Poland, Iga Swiatek pada pusingan keempat.

“Saya menonton perlawanan Simona sebelum turun ke gelanggang dan saya lihat pukulan backhandnya terlalu bagus dan kemudian saya fikir saya menirunya dalam perlawanan saya,” akui Amanda.

Amanda muncul pemain wanita termuda AS layak ke pusingan 16 terakhir di Paris sejak Serena Williams pada 1998.

Apabila dia menang kejuaraan sulung WTA di Bogota awal tahun ini, dia muncul pemain termuda AS melakukannya sejak Serena menang trofi di Indian Wells 20 tahun lalu.

“Saya tidak berasa seperti saya terlalu muda. Saya bermain di Indian Wells tahun lalu. Ia lebih mengejutkan saya,” kata Amanda mengenai kemaraannya ke pusingan keempat di gurun California pada 2018.

Disiarkan pada: June 4, 2019 @ 12:20pm
d