mutakhir

Seorang cedera 5 kenderaan bertembung

Oleh Ibrahim Isa

SEORANG individu cedera dalam kemalangan lima kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 130 Lebuhraya PLUS arah utara, Johor Bahru, petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.24 petang.

“Tujuh anggota membabitkan satu jentera dikejarkan ke lokasi dan kami mendapati kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah bas.

“Antara kereta terbabit dalam kemalangan ialah dua Toyota Vios dan masing-masing sebuah Proton Saga dan Inspira,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibnul berkata, mangsa yang cedera adalah salah seorang penumpang Proton Saga manakala individu lain terselamat.

“Kemalangan lima kenderaan itu membabitkan 31 mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: June 14, 2019 @ 9:00pm
d