arena

Arwah bapa dorong jadi pelumba basikal

Oleh Aida Adilah Mat

AYAH kepada pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Mohd Zonis Mokhtar yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan kencing manis selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi.

Allahyarham Mohd Zonis, 52, meninggal dunia jam 8.15 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kerayong dihadiri keluarga, penduduk kampung dan rakan.

Terdahulu, jenazah selesai dimandi di kediamannya di Bukit Kerayong, Jeram.

Keluarga Mohd Zonis melahirkan legasi pelumba berbakat negara.

Selain Fadhil yang masih aktif dalam sukan berbasikal, abangnya Muhammad Firdaus juga pernah mengharumkan nama negara dalam dunia basikal sehingga peringkat Asia sebelum terpaksa berehat panjang kerana masalah kesihatan.

Fadhil antara nama yang menjadi sebutan untuk layak ke Olimpik dalam acara trek berpasukan sebelum ini berpangkalan di Melbourne bersama jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang di bawah kendalian John Beasley.

Dia pernah menyumbangkan pingat perak dalam acara pecut berpasukan di Sukan Asia Palembang tahun lalu.

Disiarkan pada: June 21, 2019 @ 1:01pm
d