mutakhir

Rumah Terbuka Aidilfitri MPB meriah [METROTV]

Oleh NSTP

KIRA-KIRA 5,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Mereka diraikan pengurusan kanan MPB, membabitkan Pengerusi Kumpulan Datuk Mohd Nasir Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Farnida Ngah.

Turut serta, Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad Mustapha Kamil Mohd Janor, Pengarang Kumpulan BH Khaidir A Majid dan Pengarang Kumpulan NST Rashid Yusof.

Kira-kira 10 gerai dibuka kepada tetamu dengan pelbagai aktiviti disediakan, termasuk Hijab & Heels, CJ Wow Shop dan Tonton.

Disiarkan pada: June 28, 2019 @ 8:46pm
d