bisnes

DRB-HICOM pinda penghujung tahun kewangan

Oleh Bisnes

DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) meminda penghujung tahun kewangan kumpulan kepada Disember, berbanding Mac ketika ini.

Keputusan dicapai hasil Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat yang bersidang pada 8 Julai lalu.

Susulan itu, tahun kewangan semasa kumpulan DRB-HICOM akan berakhir pada 31 Disember 2019, iaitu tempoh sembilan bulan daripada permulaan tahun kewangan pada 1 April lalu.

“Pindaan juga bertujuan untuk menyelaraskan penghujung tahun kewangan kumpulan supaya seiring tahun fiskal negara dan selaras majoriti syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Penghujung tahun kewangan baharu ini juga akan diseragamkan untuk semua anak syarikat Kumpulan DRB-HICOM.

Disiarkan pada: July 12, 2019 @ 9:27pm
d