mutakhir

Bomba ucap takziah [METROTV]

Oleh Siraj Mohd Zaini

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga dua beradik yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Jalan Utama, Kampung Endah, Kuala Langat semalam.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata, jasa Serihayati Ngainan, 48, dan suaminya Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, yang menyediakan makanan kepada anggota bomba bertugas memadamkan kebakaran kilang di Pulau Indah ketika kejadian malang itu berlaku sentiasa dikenang mereka.

“Saya ucap takziah dan sedih atas kejadian yang menimpa keluarga mereka.

“Jasa dan pengorbanan mereka sentiasa kami kenang dan hargai kerana menyediakan makanan kepada kami bertugas memadamkan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Van Jenazah dan Perhimpunan Bulanan JBPM Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Klang hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, Nur Salsabila, 15, dan adiknya Nur Ain Sumayyah, 13, ditemui meninggal dunia selepas terperangkap dalam rumah.

Kejadian disedari bapa saudaranya yang ketika itu cuba menyelamatkan mangsa namun gagal disebabkan api marak.

Norazam berkata, siasatan awal bomba mendapati kebakaran disebabkan litar pintas.

Ketika kejadian, Serihayati dan suami yang berniaga di Hentian Rehat dan Rawat Pulau Indah sedang menyediakan makanan kepada kira-kira 50 anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran kilang di Klang.

Berita berkaitan

Litar pintas punca terbakar

[UPDATE] Lambaian terakhir

Terkilan gagal selamatkan anak saudara

Dua beradik maut kebakaran

Disiarkan pada: July 15, 2019 @ 11:51am
d