global

Taufan Lekima hampiri China esok

Oleh Reuters

SHANGHAI: Biro Kaji Cuaca China mengeluarkan amaran merah awal hari ini, menandakan taufan Lekima mula menghampiri wilayah Zhejiang di timur negara itu.

Pusat Meteorologi Negara berkata, taufan yang dianggap paling kuat sejak 2014, dijangka melanda tanah besar awal pagi esok, sebelum menuju ke bahagian utara.

Amaran turut dikeluarkan kepada penduduk di sepanjang delta Sungai Yangtze, termasuk Shanghai.

Taiwan sudah membatalkan penerbangan masuk dan keluar dari negara itu, selain mengarahkan pasar dan sekolah ditutup hari ini, ketika taufan itu mula menuju ke arah barat daya.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 12:53pm
d