arena

City sambar pemain muda Jepun

Oleh Agensi

MANCHESTER City menandatangani penyerang muda, Ryotaro Meshino dari Gamba Osaka, umum kelab Jepun berkenaan, semalam.

Gamba mengesahkan pemain berusia 21 tahun itu melengkapkan perpindahan ke pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas berangkat ke England.

City tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai perjanjian membabitkan Meshino namun laporan menyatakan dia akan menyertai pasukan pembangunan kelab itu.

Meshino menjaringkan tiga gol dalam 12 penampilan di Liga Jepun musim ini.

Pep Guardiola dan City mengelak daripada tempoh akhir perpindahan pemain yang sibuk selepas melengkapkan tandatangan Joan Cancelo dari Juventus pada Rabu.

Pemain pertahanan kiri Angelino dan pemain tengah Rodri menyertai Etihad Stadium pada awal jendela perpindahan pemain dan akan membuat kemunculan pertama dalam Liga Perdana di West Ham esok.

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 10:20am
d