arena

Jersi Obama dijual RM502,000

Oleh AFP

JERSI bola keranjang yang pernah dipakai bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dijual dengan harga $120,000 (RM502,000), menurut pelelong, Dallas yang menjualnya awal pagi tadi.

Jersi bernombor 23 dipakai Obama ketika berusia 18 tahun sewaktu menuntut di Sekolah Tinggi Punahou di Hawaii, ketika beliau tinggal di sana.

Jersi itu dinilai dengan harga $100,000 (RM418,000) sebelum dijual kepada peminat barangan sukan antik di Dallas.

Obama dikenali sebagai peminat sukan bola keranjang dan kerap dilihat bermain bersama petugas White House, selebriti dan tetamu ketika menjadi presiden.

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 9:10am
d