global

Georgia, Florida bakal dibadai taufan besar

Oleh AFP

MIAMI: Georgia mengisytiharkan darurat di 12 daerahnya hari ini sebelum ketibaan Taufan Dorian ke Amerika Syarikat.

Gabenor Brian Kemp mengeluarkan perintah yang menyebut, ribut itu berpotensi memberikan kesan buruk kepada rakyat di seluruh kawasan pantai di tenggara negara berkenaan.

Florida sudah mengisytiharkan darurat di seluruh negeri menjelang ketibaan Taufan Dorian yang diramal pada Isnin.

Penduduk Florida mula membeli bekalan botol air, makanan dan minyak petrol hari ini sebagai persediaan menghadapi ribut itu.

Presiden Donald Trump menerusi Twitter meminta penduduk Florida bersedia kerana taufan itu diramalkan ribut teruk.

“Bersiap sedia... ia adalah taufan yang sangat besar dan mungkin yang paling besar,” tulisnya.

Disiarkan pada: August 30, 2019 @ 10:22am
d