mutakhir

Orkid Vanda Queen Azizah [METROTV]

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2019 (Floria Diraja Putrajaya 2019) yang berlangsung bermula hari ini hingga 8 September.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar pada jam 9.20 pagi disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Aminuddin Hassim.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan merasmikan koleksi orkid hibrid baharu yang dinamakan Vanda Queen Azizah Iskandar sempena nama Tunku Azizah.

Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa lebih sejam melawat sekitar tapak pameran Floria Diraja Putrajaya.

Floria Diraja Putrajaya pada tahun ini akan mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema di festival berkenaan.

Selepas 10 tahun bertapak dan ‘berkampung’ di Anjung Floria, Presint 4, buat julung kalinya festival berkenaan menukar lokasinya ke Taman Botani, Presint 1.

PPj menyasarkan 500,000 pengunjung mengunjungi festival berkenaan sepanjang sembilan hari penganjuran.

Turut disediakan perkhidmatan teksi air yang membolehkan pengunjung menikmati panorama Putrajaya untuk ke Taman Botani melalui jeti yang ada di beberapa lokasi terpilih seperti di Cruise Tasik Putrajaya dan Kelab Tasik Putrajaya.

Selain itu, PPj menyediakan kepada pengunjung untuk memudahkan mereka bersiar-siar di tapak festival.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 5:50am
d