arena

Mkhitaryan, Kalinic pindah ke Roma

Oleh AFP

PEMAIN Arsenal, Henrikh Mkhitaryan dan Nikola Kalinic dari Atletico Madrid menyertai AS Roma secara pinjaman sejurus sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup, awal pagi tadi.

Dua pemain veteran itu menyertai Eden Dzeko, 33, yang menandatangani kontrak sambungan bulan lalu, di bahagian serangan Roma.

Roma menyatakan mereka mempunyai pilihan untuk membeli Kalinic, 33, pemain skuad Croatia yang layak ke final Piala Dunia 2018, dengan harga 9 juta euro (RM41.5 juta).

Musim lalu, dia melakukan 20 penampilan dan menjaringkan dua gol buat Atletico. Dia sebelum ini beraksi di Itali bersama Fiorentina dan AC Milan.

Mkhitaryan, pemain Armenia berusia 30 tahun, bermain di Shakhtar Donetsk dan kemudian Borussia Dortmund sebelum berpindah ke England, pertama bersama Manchester United dan kemudian Arsenal, sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk membeli Alexis Sanchez.

Dia melakukan penampilan terakhir buat Gunners sebagai pemain gantian ketika mereka seri dengan Tottenham di laman sendiri, Ahad lalu.

Sementara itu Roma meminjamkan penyerang Republik Czech berusia 23 tahun, Patrik Schick ke RB Leipzig.

Disiarkan pada: September 3, 2019 @ 9:54am
d