arena

Liverpool lapan mata di depan City

Oleh Esme Jo

SEDIKIT tuah akibat kegagalan penjaga gol menangkap kemas membolehkan Liverpool melebarkan rekod 100 peratus dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menewaskan Sheffield United di Bramall Lame, malam tadi.

Rembatan Georginio Wijnaldum m-7O melepasi celah kelangkang penjaga gawang dipinjamkan dari Manchester United, Dean Henderson sudah cukup memastikan skuad Jurgen Klopp kekal di tangga teratas liga.

The Reds kini mengumpul 21 mata selepas tujuh perlawanan dan lapan mata di depan pencabar utama Manchester City (13) dan akan merapatkan jurang kepada lima andai mengatasi Everton di Goodisan Park, esok.

Kemenangan itu mencerahkan peluang Liverpool untuk menjulang gelaran pertama liga dalam tempoh 30 tahun.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 9:46pm
d