mutakhir

Asrama sekolah musnah terbakar

Oleh Mohd Roji Kawi

ASRAMA Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Serau, Julau musnah terbakar hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.23 petang.

“Pengadu yang membuat panggilan itu memaklumkan kebakaran membabitkan sebuah asrama berstruktur tidak kekal.

“Ketika membuat panggilan itu, pengadu turut memaklumkan kebakaran sudah merebak ke seluruh asrama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan itu sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikejarkan ke lokasi.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung kejadian termasuk keadaan murid sekolah terbabit masih belum diperolehi.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian.

Disiarkan pada: October 3, 2019 @ 9:13pm
d