mutakhir

Perkhidmatan komuter laluan Pelabuhan Klang tergendala seketika

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KEROSAKAN tren di Stesen Subang Jaya menyebabkan tren komuter laluan KL Sentral-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim mengalami kelewatan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan menerusi akaun Twitter rasminya memaklumkan kelewatan dijangka antara 20 hingga 30 minit daripada jadual asal.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pihak KTMB memohon maaf atas kesulitan ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Stesen Subang Jaya mendapati terdapat sebuah tren komuter berada di platform tidak beroperasi dipercayai akibat kerosakan.

Selain itu, keadaan di stesen berkenaan juga turut lengang.

Disiarkan pada: November 3, 2019 @ 10:52pm
d