mutakhir

Sultan Perak sertai Larian Hari Keputeraan [METROTV]

Oleh BERNAMA

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di Kuala Kangsar, hari ini.

Turut serta, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohd Radzi serta ketua jabatan kerajaan.

Larian itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 yang disambut pada 1 November lalu disertai hampir 8,000 orang.

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10 km dan 6.5 km manakala, peserta kategori tetamu kehormat VVIP yang membabitkan jarak 2 km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada 6.45 pagi itu disertai 4,500 peserta bagi kategori 15 km, 10 km dengan 2,500 peserta dan 6.5 km dengan 350 peserta manakala, kategori VVIP disertai 300 peserta.

Larian itu juga disertai beberapa pemain sepak takraw dan pemain hoki Perak.

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 9:32am
d