global

2 maut, helikopter terhempas

Oleh AFP

KABUL: Dua askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam nahas helikopter di Afghanistan hari ini.

“Kemalangan itu kelihatan seperti kemalangan, walaupun Taliban mendakwa mereka menembak jatuh pesawat itu,” kata tentera negara itu.

Satu kenyataan dari Angkatan Tentera AS di Afghanistan berkata, kemalangan hari ini masih disiasat, namun laporan awal tidak menyatakan ia berpunca tembakan musuh.

Nahas lokasi tidak didedahkan malah nama askar terkorban dirahsiakan sehingga waris terdekat diberitahu.

Taliban mendakwa mereka menembak helikopter itu di daerah Charkh di Logar pada jam 1.00 pagi waktu tempatan.

Kira-kira 13,000 tentera AS kekal di Afghanistan, selepas 18 tahun Washington melakukan serangan susulan 11 September 2001.

Lebih 2,500 orang awam Afghanistan terbunuh setakat tahun ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Disiarkan pada: November 20, 2019 @ 2:14pm
d