global

Simpan mayat suami 11 tahun [VIDEO]

Oleh Agensi

SALT LAKE CITY (Amerika Syarikat): Polis yang menyiasat kematian seorang wanita di rumah jagaan pesara di Utah, Amerika Syarikat terkejut apabila menemui mayat suaminya yang mungkin disimpan selama 11 tahun dalam peti sejuk.

Daily Mail melaporkan, Jeanne Souron-Mathers, 75, ditemui mati di Toole, barat Salt Lake City oleh polis yang memeriksa rumahnya selepas seorang pekerja penyelenggaraan memberitahu tidak melihatnya selama dua minggu.

Polis yang melakukan pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui satu lagi mayat yang identitinya disahkan sebagai suaminya, Paul Edwards Mathers, 69.

Menurut penyiasat, mayat lelaki terbabit yang masih sempurna kemungkinan disimpan hingga 11 tahun.

Disiarkan pada: November 28, 2019 @ 2:03pm
d