global

Lapangan terbang Manila tutup dua hari

Oleh AFP

MANILA: Lapangan terbang antarabangsa Filipina di Manila akan menggantung sementara operasinya waktu mulai esok.

Pengurus Besar Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila, Ed Monreal berkata tindakan itu sebagai langkah keselamatan berdepan Taufan Kammuri yang kuat.

“Syarikat penerbangan dan juga pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menggantung sementara operasi di lapangan terbang itu,” katanya.

Monreal berkata, lapangan terbang itu akan tutup dari jam 11 pagi esok hingga 11 malam Rabu,” katanya.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 9:50pm
d