arena

Senderos bekas pertahanan Arsenal umum bersara

Oleh Agensi

BEKAS pemain pertahanan Arsenal, Philippe Senderos mengumumkan persaraan pada usia 34 tahun hari ini.

Senderos menyertai Arsenal pada 2003 - tapi terlepas aksi kejuaraan Liga Perdana ketika pasukan itu mencatat rekod tanpa kalah paling panjang pada musim 2003-04 apabila mengalami kecederaan belakang dan kaki namun dia menang Piala FA sebelum menyertai Fulham pada 2010.

Dia melalui musim yang suram bersama Aston Villa dan Rangers selain memenangi 57 kap Switzerland, termasuk beraksi di tiga Piala Dunia.

“Saya mungkin tidak boleh lebih bersyukur atas berkat dan peluang yang saya ada selama bertahun-tahun.” menurut catatannya di Instagram.

Senderos, yang turut melakukan dua penampilan ketika dipinjamkan di Everton, beraksi dalam Liga Bolasepak Major (MLS) buat Houston Dynamo pada 2017-18 dan menamatkan karier di negara kelahirannya Switzerland bersama FC Chiasso dalam liga kedua negara itu.

Dalam media sosial dia berterima kasih kepada semua pasukan tempat dia pernah bermain - termasuk pasukan di mana dia dipinjamkan Everton dan Milan - Tambahnya : “Kepada semua rakan saya dan keluarga yang hebat, jutaan terima kasih. Saya melihat pada fasa seterusnya.”

Disiarkan pada: December 17, 2019 @ 6:45pm
d